Interactive Learning-Hari Ibu

10 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2019, PI Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS Kota Pekan untuk mengadakan Kelas Interaktif bertemakan Hari Ibu. Untuk kelas pada kali ini, kanak-kanak tabika mempelajari tentang keistimewaan Hari Ibu dan cara untuk menghargai ibu mereka. Mereka turut didedahkan dengan lagu-lagu yang bertemakan Ibu. Selepas sesi penerangan , kanak-kanak diajar untuk menghasilkan kad ucapan untuk diberikan kepada ibu mereka. Mereka dibantu oleh guru Tabika dan staff Pusat Ekonomi Digital untuk menulis kad ucapan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali